PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA

PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA

Monday 7 January 2013

Jamuan Penghargaan Pasti Lumut 2012

Alhamdulillah setelah beberapa kali merancang akhirnya  majlis bagi meraikan guru-guru Pasti Kawasan Lumut telah selamat diadakan pada 28 Disember 2012 yang lalu bertempat di Restoren Horizon Garden Seri Manjung.

Majlis makan malam ini dihadiri hampir 90 orang terdiri daripada guru-guru dan keluarga, AJK Pasti Kawasan, Pengerusi Pasti Unit serta tetamu jemputan daripada Pas Kawasan. 

Di dalam ucapan alu-aluan, wakil MGP kawasan mengharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjadikan Pasti sebagai pilihan utama Ummah.


Sementara itu, Hj Noh selaku Yang Dipertua Pas Kawasan Lumut yang juga berpengalaman luas di dalam pentadbiran Pasti di dalam ucapannya mengucapkan jutaan tahniah dan penghargaan kepada para suami dan keluarga yang banyak menyokong guru-guru pasti dalam memastikan mereka istiqamah dengan perjuangan. Jika dibandingkan dengan pekerjaan lain apa lah sangat kelebihan dan keistimewaan sebagai guru pasti, tetapi pengorbanan mereka dalam memastikan anak-anak kecil ini dididik dengan acuan Islam sangat  dihargai dan didoakan semoga Allah memberikan mereka dengan ganjaran yang tidak ternilai di akhirat kelak.

Turut memeriahkan majlis adalah acara cabutan bertuah dimana 10 hadiah telah disediakan disamping anugerah Jasamu Dikenang yang disampaikan kepada 3 penerima iaitu cikgu Aindun, Cikgu Habsah Binti Abdul Rahman dan Cikgu Rozita Binti Md Jaafar yang telah mengajar di Pasti lebih 10 tahun.
YDP ditemani Pengerusi Pasti Kawasan ceria di Majlis Makan Malam Pasti Kawasan Lumut. 
Timbalan Pengerusi MGP Lumut sedang memberikan ucapan.
Saudara Awis menyampaikan ucapan alu-aluan
Ucapan Perasmian Oleh Tuan HJ Noh
                             
 
 
 
Hadirin sedang menjamu selera
Hadiah cabutan bertuah
Cikgu Aindun
Cikgu Habsah 



No comments:

Post a Comment