PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA

PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA

Tuesday 31 December 2013

Taklimat Tangga Gaji Guru Pasti Perak

Pasti kawasan Lumut telah berjaya mengadakan satu taklimat berkaitan tangga gaji guru pasti Perak yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Pasti Perak pada 30 Disember 2013. Kehadiran yang agak membanggakan daripada guru dan Pengerusi/wakil Pasti unit ini diharap dapat diaplikasikan oleh pasti-pasti unit Kawasan Lumut dalam memastikan kebajikan guru-guru lebih terjaga.

Ketua Pemuda Lumut merangkap Pengerusi Pasti Kawasan sedang menyampaikan ucapan aluan.
Kehadiran membanggakan daripada guru-guru Pasti. Tahniah.
Kehadiran Ajk Pasti Kawasan dan pengerusi Pasti Unit

Ustaz Azahari sedang menyampaikan taklimatnya. Alhamdulillah penyampaiann yang memuaskan dan diharap akan memberikan gambaran jelas kepada warga Pasti Lumut dalam mengaplikasikan sistem tangga gaji ini.
Gambar Kenangan bersama Pengarah Pasti Perak

Sunday 29 December 2013

Program Penerangan Tangga Gaji Guru Pasti

Assalamualaikum.  Pasti Kawasan Lumut akan mengadakan majlis penerangan berkaitan Tangga gaji guru Pasti oleh Pengarah Pasti Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 30 Disember 2013
Masa: 8 malam 
Tempat: Sri At-Taalim
Penceramah: Ustaz Azhari Bin Yahaya

Semua guru Pasti Kawasan Lumut, AJK Pasti Kawasan dan Pengerusi Pasti Unit di wajibkan hadir. Jika pengerusi Pasti unit tidak dapat hadir mohon di hantar wakil bagi mewakili pasti unit.

Pasti Al- Muttaqin Kini Dibuka.

Pada sesi persekolahan 2014 ini, Pasti Kawasan Lumut akan membuka sebuah lagi pasti baru iaitu Pasti Al-Muttaqin. Pasti yg terletak di Felcra Simpang Dua ini di harap dapat menjadi jambatan bagi menghubungkan dan mengeratkan hubungan Pas dengan masyarakat setempat.
Gotong royong memnersihkan bangunan pasti
Wajah ceria Pasti Al- Muttaqin
Ajk sedang membersihkan pasti

suasana setelah penat gotong-royong

Friday 27 December 2013

Sambutan Menggalakkan: Pendaftaran Masih Dibuka

Alhamdulillah.  Pendaftaran pelajar sesi 2014 bagi pasti At-Taalim berjalan dengan lancarnya. Pendaftaran telah melebihi 100 orang dan insyaAllah penambahan kelas sedang giat dijalankan.

Tahniah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sanggup meluangkan masa untuk sesi pendaftaran awal ini. Semoga Pasti At-Taalim terus berjaya..

Saturday 21 December 2013

Sekitar Alam Ria Pasti Lumut

Pertandingan Alam Ria Pasti peringkat kawasan Lumut telah diadakan pada 24 Ogos bertempat di Pasti At-Taalim yang mana ia telah mengumpulkan hampir kesemua Pasti di dalam Kawasan Lumut.

Majlis yang penuh gemilang ini telah dirasmikan oleh Cikgu Jaafar selaku ALP Perak.
Pelbagai pertandingan telah di pertandingkan antaranya azan, bercerita, hafazan dan kalam jamaie.

Tahniah buat pemenang dan bagi yang tidak berjaya cuba lagi pada masa akan datang.

Cikgu Jaafar sedang memberi ucapan sempena merasmikan majlis





Thursday 19 December 2013

MGP Kawasan Lumut

Barisan MGP Kawasan Lumut banyak berjasa dalam memastikan kelangsungan Pasti di kawasan Lumut.


Terima kasih cikgu.. Tidak dapat kami membalas jasa kalian. Mudah-mudahan Allah akan membalas jasa kalian dengan sebaik-baik kurniaan.

Wednesday 18 December 2013

Pejabat Pasti Lumut Beroperasi Sepenuhnya

Alhamdulillah kini Pasti kawasan Lumut telah mengorak selangkah kehadapan dengan mengwujudkan Pejabat Pasti Kawasan yang mana ia akan menjadi pusat pengurusan dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran berkaitan Pasti.

Pejabat yang beralamat di No 100 Fasa 1C4 ini bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan telefon dan internet malah pihak Pasti Kawasan Lumut sedaya upaya menghidupkannya dengan mengadakan seorang setiausaha kerja sepenuh masa dalam melicinkan kerja- kerja pengurusan.

Pejabat ini akan beroperasi setiap hari dari Isnin hingga jumaat.




Saturday 29 June 2013

Pejabat Baru Pasti Kawasan Lumut

InsyaAllah Pasti kawasan Lumut akan beroperasi di bangunan baru yang beralamat di Lot 100 Jalan SM 1C4/10, Fasa 1C4 32040 Seri Manjung.

Pejabat baru yang berada di bangunan Pasti Taalim ini InsyaAllah akan melancarkan lagi gerak kerja Pasti kawasan.

TAHNIAH BUAT PASTI LUMUT..

Monday 7 January 2013

Wajah Ceria Pasti Al-Falah

Pasti Al-Falah Taman Damai Ayer Tawar kini lebih bersemangat dalam meneruskan sesi persekolahan 2013. Bukan sahaja dihiasi dengan warna-warna dan mural yang lebih ceria, malah yang penting pada kali ini pertambahan pelajar yang ketara menyebabkan warga Pasti Al-Falah berazam untuk merampas kembali anugerah Keceriaan Pasti dan anugerah Pasti cemerlang kebangsaan yang pernah disandangnya beberapa tahun sebelum ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan yang banyak menyumbangkan peralatan, dan dan wang ringgit sehingga Pasti Al-Falah kini lebih menonjol. Juga kepada ibubapa yang banyak berusaha hingga berjaya menyewakan bangunan yang stategik dan luas untuk keselesaan para pelajarnya.

Malah menurut Pengerusi Pasti Al-Falah mereka cuba untuk membeli bangunan berkenaan bagi kemudahan Pasti di masa akan datang.

Lokasi yang straregik dan halaman yang luas merupakan aset penting Pasti Al-Falah
Warna-warna ceria menonjolkan lagi Al-Falah
Masih belum siap.. Pasti Al-Falah mahu memberikan kelainan pada kali ini
Antara mural yang telah disiapkan.. nantikan kesudahannya.. Bersiap untuk kembali bersaing. InsyaAllah
Wajah ceria pelajar di hari pertama persekolahan
Ibu bapa menunggu anak-anak di hari pertama persekolahan
Sesi memperkenalkan diri

Jamuan Penghargaan Pasti Lumut 2012

Alhamdulillah setelah beberapa kali merancang akhirnya  majlis bagi meraikan guru-guru Pasti Kawasan Lumut telah selamat diadakan pada 28 Disember 2012 yang lalu bertempat di Restoren Horizon Garden Seri Manjung.

Majlis makan malam ini dihadiri hampir 90 orang terdiri daripada guru-guru dan keluarga, AJK Pasti Kawasan, Pengerusi Pasti Unit serta tetamu jemputan daripada Pas Kawasan. 

Di dalam ucapan alu-aluan, wakil MGP kawasan mengharap agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjadikan Pasti sebagai pilihan utama Ummah.


Sementara itu, Hj Noh selaku Yang Dipertua Pas Kawasan Lumut yang juga berpengalaman luas di dalam pentadbiran Pasti di dalam ucapannya mengucapkan jutaan tahniah dan penghargaan kepada para suami dan keluarga yang banyak menyokong guru-guru pasti dalam memastikan mereka istiqamah dengan perjuangan. Jika dibandingkan dengan pekerjaan lain apa lah sangat kelebihan dan keistimewaan sebagai guru pasti, tetapi pengorbanan mereka dalam memastikan anak-anak kecil ini dididik dengan acuan Islam sangat  dihargai dan didoakan semoga Allah memberikan mereka dengan ganjaran yang tidak ternilai di akhirat kelak.

Turut memeriahkan majlis adalah acara cabutan bertuah dimana 10 hadiah telah disediakan disamping anugerah Jasamu Dikenang yang disampaikan kepada 3 penerima iaitu cikgu Aindun, Cikgu Habsah Binti Abdul Rahman dan Cikgu Rozita Binti Md Jaafar yang telah mengajar di Pasti lebih 10 tahun.
YDP ditemani Pengerusi Pasti Kawasan ceria di Majlis Makan Malam Pasti Kawasan Lumut. 
Timbalan Pengerusi MGP Lumut sedang memberikan ucapan.
Saudara Awis menyampaikan ucapan alu-aluan
Ucapan Perasmian Oleh Tuan HJ Noh
                             
 
 
 
Hadirin sedang menjamu selera
Hadiah cabutan bertuah
Cikgu Aindun
Cikgu Habsah