PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA

PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA

Thursday 13 December 2012

MGP Lumut Bakal Ada Pusat Kegiatan Guru


Dalam mesyuarat bulanan Pasti kawasan Lumut, dikhabarkan Pasti Al-Raudhah Seri Manjung akan membesarkan bangunan pasti tersebut bagi keselesaan para pelajarnya. Bangunan dua tingkat yang di cadangkan itu turut akan menempatkan pusat kegiatan bagi guru-guru Pasti Kawasan Lumut. Dijangkakan projek akan bermula pada pertengahan tahun hadapan.

Tahniah diatas perkembangan yang positif yang dilakukan oleh pihak Pasti Al-Raudhah di atas komitmen yang diberikan. Diharap projek yang dicadangkan ini bukan sahaja dapat member impak positif kepada guru dan pelajar pasti malah kepada Pasti Kawasan Lumut itu sendiri.

Perasmian Pasti As-Syifa’


Alhamdulillah pada tanggal 5 Disember 2012, Pasti As-Syifa’ telah selamat dirasmikan Oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin di bangunan sementara Pasti As-Syifa’ iaitu Markas Pas Kampung Serdang.

Dalam ucapan ringkasnya Hj Nizar menyeru seluruh hadirin untuk bangkit menukar kerajaan yang ada bagi meningkatkan prasarana dan kebajikan Pasti bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara.
Rasionalnya tindakan itu adalah kerana kerajaan yang sedia ada kini langsung tidak memandang kepada pendidikan berteraskan islam. Buktinya langsung tiada peruntukan bagi Sekolah agama rakyat (SAR) dalam belanjawan yang lalu berbanding bantuan berjuta ringgit yang di salurkan kepada sekolah mubaligh, SRJK (C) dan SRJK (T).

Di era 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, guru-guru pasti khasnya dijaga kebajikan mereka. Malah peruntukan khas dari Pejabat Menteri Besar disalurkan kepada semua guru Pasti Perak. Dan jika Pakatan Rakyat memenangi semula Negeri Perak pastinya peraturan gaji minimum yang terdapat di dalam Manual Pengurusan Pasti dapat dilaksanakan. Jika terdapat sumber kewangan dari Kerajaan negeri pastinya semua Pastu Unit tidak perlu lagi hanya bergantung sepenuhnya kepada yuran tersebut untuk membayar gaji guru. Dengan itu, jumlah yuran dapat dikurangkan menyebabkan ibu bapa yang kurang berkemampuan juga dapat menghantar anak mereka menerima ilmu dari pihak Pasti.

Dengan terlaksananya gaji minimum yang dicadangkan, pihak pasti juga dapat menarik minat anak-anak muda lepasan university untuk mengajar di pasti. Pastinya dengan penyertaan mereka yang memegang diploma dan ijazah ini akan menaikkan lagi standart pasti di mata masyarakat.
Kita juga dapat menjadikan modul Pasti yang telah berbukti dan diakui terbaik ini sebagai modul wajib kepada pengusaha-pengusaha tadika yang lain.
Banner Pasti telah dinaikkan
Kelas baru Pasti As-Syifa'
Bangunan sementara Pasti, menumpang di markas Pas Cawangan.
Ketibaan Hj Nizar
Non muslim turut serta di Majlis Perasmian ini.
Pengerusi pasti kawasan Lumut memberikan ucapan alu-aluan
Hj Nizar memberikan ucapan seterusnya merasmikan Pasti As-Syifa'
Simbolik perasmian dengan memotong reben diiringi pengerusi pasti As-Syifa', Hj Rosli
Menandatangan Sijil perasmian.
Bergambar kenang-kenangan bersama YB Hj Nizar
 










Wednesday 21 November 2012

Telatah Anak Pasti Sekitar Konvokesyen Pasti Lumut

Macam-macam telatah anak-anak
Tak sabar menunggu giliran naik ke pentas

Bakal Imam Muda
Dah lapar dah ni



Konvokesyen Pasti Lumut 2012

Alhamdulillah Pasti Kawasan Lumut telah berjaya menganjurkan Hari Konvokesyen Pasti peringkat kawasan yang telah diadakan pada 4 November yang lalu bertempat di Hotel Leadview, Seri Manjung.

Majlis yang berlangsung meriah telah dirasmikan oleh DS Haji Nizar Jamaluddin. Turut hadir adalah Saudara Azhari selaku pengarah Pasti Negeri Perak.

Ibubapa yang hadir bagi memberi semangat kepada anak-anak
Hadirin memenuhi ruang dewan Hotel Leadview
Persembahan nasyid dari anak-anak Pasti
Pengarah Pasti Perak sedang memberikan ucapan
Ketua Pemuda Ustaz Badrul menyampaikan sijil diiringi Sdr Awis selaku Pengerusi Pasti Kawasan
Saudara Azhari turut menyampaikan sijil dan piala kepada pelajar Pasti.





Saturday 13 October 2012

Pasti Al-Hilal 2 Kini Berwajah Baru

Wajah baru Pasti Al-Hilal 2.. Masih di lokasi yang sama tetapi berada di bangunan  khas yang dibangunkan bersebelahan dengan Markas Tarbiyyah Pas Kawasan Lumut Batu 10 Lekir..

Jom Gosok Gigi

Alhamdulillah, jutaan terima kasih ditujukan kepada pihak Jabatan kesihatan kerana sudi datang ke Pasti Ar-Raudhah bagi mengadakan demo cara penjagaan gigi kepada para pelajar pasti tersebut.







Wednesday 10 October 2012

Saturday 6 October 2012

Pasti Ar-Raudhah


SENARAI PASTI KAWASAN LUMUT

Berikut adalah senarai pasti yang terdapat dalam kawasan Lumut

PASTI AL-HUDA 1
2017 Taman Samudera, 32040 Seri Manjung, Perak

PASTI AL-HUDA 2
1718 Taman Samudera,32040 Seri Manjung, Perak

PASTI AL-ILMI 1
865 Taman Fasa 2J, 32040 Seri Manjung, Perak

PASTI AL-ILMI 2
171 Taman Manjung Point Seksyen 1, 32040 Seri Manjung, Perak

PASTI AL-ADAWIYYAH
Markas Pas Pangkor, Kampung Masjid, 32300 P.Pangkor, Perak

PASTI AL-HIDAYAH
190 Taman Fasa 2A, 32040 Seri Manjung, Perak

PASTI AL-AMIN
30 Taman Fasa 2G, 32040 Seri Manjung, Perak

PASTI AL-FURQAN
Blok X-320 Taman Fasa 3A, 32040 Seri Manjung, Perak

PASTI AR-RAUDHAH
271A Taman Fasa 1A, 32040 Seri Manjung, Perak

PASTI AL-FALAH
368 Terra Cinta, Taman Damai 32400 Ayer Tawar, Perak

PASTI AL-IHSAN
113 Taman Mas Kg Koh, 32020 Sitiawan Perak

PASTI AL-HILAL 1
Depan Masjid Batu 14, Batu 14 Lekir, Perak

PASTI AL-HILAL 2
Markas Pas Kawasan Lumut, Batu 9 ½ Lekir, Perak

PASTI AL-WARDAH
49 Taman Fasa 1D, 32040 Seri Manjung, Perak

PASTI AT-TAALIM
100 Jalan SM 1C4/10, Fasa 1C4, 32040 Seri Manjung, Perak

TERBARU!!! AKAN DIBUKA…
PASTI KAMPUNG SERDANG
MARKAS PAS KAMPUNG SERDANG, SITIAWAN, PERAK
(bangunan sementara)

Friday 5 October 2012

Borang Pendaftaran Pasti 2013

Kepada Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Pasti, boleh dapatkan borang pendaftaran Pasti bagi sesi persekolahan 2013 di sini atau di Pasti-Pasti berhampiran anda..

Thursday 30 August 2012

Majlis Sambutan Aidil Fitri Pasti At-Taalim

Tahniah buat Pasti At-Taalim yang berjaya mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri pada pagi tadi (30 Ogos 2011). Alhamdulillah, dengan kehadiran yang agak menggalakkan serta kerjasama diantara guru dan ibubapa dalam menjaya kan majlis tersebut diharap dapat dijadikan contoh dan tanda aras (batchmark) buat pasti-pasti lain dan di masa akan datang. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang turut menyumbang dalam mempelbagaikan juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu. Antara yang disumbangkan adalah mee kari, kek, kuih muih dan kerepek. Turut disediakan oleh pihak Pasti At-Taalimm adalah sate ayam.









Sekitar Hari Keluarga Pasti Lumut

Antara yang hadir ke Hari Keluarga Pasti Lumut yang diadakan di Teluk Senangin
Bersantai bersama keluarga
Cikgu turut mengambil bahagian dalam acara permainan
Ikan bakar, Menu Utama
Penyampaian cenderahati oleh Pengerusi Pasti Kawasan

Siapa paling besar dia menang.. Cepat tiup...
Cari telur penyu ke adik??