Majlis Sukan Pasti Kawasan Lumut sedang berlangsung di Padang MPM berhampiran Stesyen Bas Seri Manjung. Majlis telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Negeri Perak, Ustaz Khairi Jamaluddin. Terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak Bomba dan Penyelamat Seri Manjung yang sudi hadir bagi mengadakan pameran. Tahniah buat semua yg menjayakan majlis ini.
PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Saturday, 8 March 2014
Tuesday, 31 December 2013
Taklimat Tangga Gaji Guru Pasti Perak
Pasti kawasan Lumut telah berjaya mengadakan satu taklimat berkaitan tangga gaji guru pasti Perak yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Pasti Perak pada 30 Disember 2013. Kehadiran yang agak membanggakan daripada guru dan Pengerusi/wakil Pasti unit ini diharap dapat diaplikasikan oleh pasti-pasti unit Kawasan Lumut dalam memastikan kebajikan guru-guru lebih terjaga.
![]() |
| Ketua Pemuda Lumut merangkap Pengerusi Pasti Kawasan sedang menyampaikan ucapan aluan. |
![]() |
| Kehadiran membanggakan daripada guru-guru Pasti. Tahniah. |
![]() |
| Kehadiran Ajk Pasti Kawasan dan pengerusi Pasti Unit |
![]() |
| Gambar Kenangan bersama Pengarah Pasti Perak |
Sunday, 29 December 2013
Pasti Al- Muttaqin Kini Dibuka.
Pada sesi persekolahan 2014 ini, Pasti Kawasan Lumut akan membuka sebuah lagi pasti baru iaitu Pasti Al-Muttaqin. Pasti yg terletak di Felcra Simpang Dua ini di harap dapat menjadi jambatan bagi menghubungkan dan mengeratkan hubungan Pas dengan masyarakat setempat.
![]() |
| Gotong royong memnersihkan bangunan pasti |
![]() |
| Wajah ceria Pasti Al- Muttaqin |
![]() |
| Ajk sedang membersihkan pasti |
![]() |
| suasana setelah penat gotong-royong |
Friday, 27 December 2013
Sambutan Menggalakkan: Pendaftaran Masih Dibuka
Alhamdulillah. Pendaftaran pelajar sesi 2014 bagi pasti At-Taalim berjalan dengan lancarnya. Pendaftaran telah melebihi 100 orang dan insyaAllah penambahan kelas sedang giat dijalankan.
Tahniah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sanggup meluangkan masa untuk sesi pendaftaran awal ini. Semoga Pasti At-Taalim terus berjaya..
Tahniah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sanggup meluangkan masa untuk sesi pendaftaran awal ini. Semoga Pasti At-Taalim terus berjaya..
Saturday, 21 December 2013
Sekitar Alam Ria Pasti Lumut
Pertandingan Alam Ria Pasti peringkat kawasan Lumut telah diadakan pada 24 Ogos bertempat di Pasti At-Taalim yang mana ia telah mengumpulkan hampir kesemua Pasti di dalam Kawasan Lumut.
Majlis yang penuh gemilang ini telah dirasmikan oleh Cikgu Jaafar selaku ALP Perak.
Pelbagai pertandingan telah di pertandingkan antaranya azan, bercerita, hafazan dan kalam jamaie.
Tahniah buat pemenang dan bagi yang tidak berjaya cuba lagi pada masa akan datang.
![]() |
| Cikgu Jaafar sedang memberi ucapan sempena merasmikan majlis |
Thursday, 19 December 2013
MGP Kawasan Lumut
Barisan MGP Kawasan Lumut banyak berjasa dalam memastikan kelangsungan Pasti di kawasan Lumut.
Terima kasih cikgu.. Tidak dapat kami membalas jasa kalian. Mudah-mudahan Allah akan membalas jasa kalian dengan sebaik-baik kurniaan.
Thursday, 13 December 2012
MGP Lumut Bakal Ada Pusat Kegiatan Guru
Dalam mesyuarat bulanan Pasti kawasan Lumut, dikhabarkan
Pasti Al-Raudhah Seri Manjung akan membesarkan bangunan pasti tersebut bagi
keselesaan para pelajarnya. Bangunan dua tingkat yang di cadangkan itu turut
akan menempatkan pusat kegiatan bagi guru-guru Pasti Kawasan Lumut. Dijangkakan
projek akan bermula pada pertengahan tahun hadapan.
Tahniah diatas perkembangan yang positif yang dilakukan oleh
pihak Pasti Al-Raudhah di atas komitmen yang diberikan. Diharap projek yang
dicadangkan ini bukan sahaja dapat member impak positif kepada guru dan pelajar
pasti malah kepada Pasti Kawasan Lumut itu sendiri.
Perasmian Pasti As-Syifa’
Alhamdulillah pada tanggal 5 Disember 2012, Pasti As-Syifa’ telah selamat dirasmikan Oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin di bangunan sementara Pasti As-Syifa’ iaitu Markas Pas Kampung Serdang.
Dalam ucapan ringkasnya Hj Nizar menyeru seluruh hadirin untuk bangkit menukar kerajaan yang ada bagi meningkatkan prasarana dan kebajikan Pasti bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara.
Rasionalnya tindakan itu adalah kerana kerajaan yang sedia ada kini langsung tidak memandang kepada pendidikan berteraskan islam. Buktinya langsung tiada peruntukan bagi Sekolah agama rakyat (SAR) dalam belanjawan yang lalu berbanding bantuan berjuta ringgit yang di salurkan kepada sekolah mubaligh, SRJK (C) dan SRJK (T).
Di era 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak, guru-guru pasti khasnya dijaga kebajikan mereka. Malah peruntukan khas dari Pejabat Menteri Besar disalurkan kepada semua guru Pasti Perak. Dan jika Pakatan Rakyat memenangi semula Negeri Perak pastinya peraturan gaji minimum yang terdapat di dalam Manual Pengurusan Pasti dapat dilaksanakan. Jika terdapat sumber kewangan dari Kerajaan negeri pastinya semua Pastu Unit tidak perlu lagi hanya bergantung sepenuhnya kepada yuran tersebut untuk membayar gaji guru. Dengan itu, jumlah yuran dapat dikurangkan menyebabkan ibu bapa yang kurang berkemampuan juga dapat menghantar anak mereka menerima ilmu dari pihak Pasti.
Dengan terlaksananya gaji minimum yang dicadangkan, pihak pasti juga dapat menarik minat anak-anak muda lepasan university untuk mengajar di pasti. Pastinya dengan penyertaan mereka yang memegang diploma dan ijazah ini akan menaikkan lagi standart pasti di mata masyarakat.
Kita juga dapat menjadikan modul Pasti yang telah berbukti dan diakui terbaik ini sebagai modul wajib kepada pengusaha-pengusaha tadika yang lain.![]() |
| Banner Pasti telah dinaikkan |
![]() |
| Kelas baru Pasti As-Syifa' |
![]() |
| Bangunan sementara Pasti, menumpang di markas Pas Cawangan. |
![]() |
| Ketibaan Hj Nizar |
![]() |
| Non muslim turut serta di Majlis Perasmian ini. |
![]() |
| Pengerusi pasti kawasan Lumut memberikan ucapan alu-aluan |
![]() |
| Hj Nizar memberikan ucapan seterusnya merasmikan Pasti As-Syifa' |
![]() |
| Simbolik perasmian dengan memotong reben diiringi pengerusi pasti As-Syifa', Hj Rosli |
![]() |
| Menandatangan Sijil perasmian. |
![]() |
| Bergambar kenang-kenangan bersama YB Hj Nizar |
Wednesday, 21 November 2012
Konvokesyen Pasti Lumut 2012
Alhamdulillah Pasti Kawasan Lumut telah berjaya menganjurkan Hari Konvokesyen Pasti peringkat kawasan yang telah diadakan pada 4 November yang lalu bertempat di Hotel Leadview, Seri Manjung.
Majlis yang berlangsung meriah telah dirasmikan oleh DS Haji Nizar Jamaluddin. Turut hadir adalah Saudara Azhari selaku pengarah Pasti Negeri Perak.
![]() |
| Ibubapa yang hadir bagi memberi semangat kepada anak-anak |
![]() |
| Hadirin memenuhi ruang dewan Hotel Leadview |
![]() |
| Persembahan nasyid dari anak-anak Pasti |
![]() |
| Pengarah Pasti Perak sedang memberikan ucapan |
![]() |
| Ketua Pemuda Ustaz Badrul menyampaikan sijil diiringi Sdr Awis selaku Pengerusi Pasti Kawasan |
![]() |
| Saudara Azhari turut menyampaikan sijil dan piala kepada pelajar Pasti. |
Wednesday, 10 October 2012
Thursday, 30 August 2012
Sekitar Hari Keluarga Pasti Lumut
![]() |
| Antara yang hadir ke Hari Keluarga Pasti Lumut yang diadakan di Teluk Senangin |
![]() |
| Bersantai bersama keluarga |
![]() |
| Cikgu turut mengambil bahagian dalam acara permainan |
![]() |
| Ikan bakar, Menu Utama |
![]() |
| Penyampaian cenderahati oleh Pengerusi Pasti Kawasan |
![]() |
| Siapa paling besar dia menang.. Cepat tiup... |
![]() |
| Cari telur penyu ke adik?? |
Sunday, 8 July 2012
Aminasi Pasti: Terbaekkk
Alhamdulillah, Pasti melangkah gagah dalam mendepani Pendidikan Pra-sekolah.
Sebaik pelancaran maskot Pasti Hadi dan Huda, Siri Animasi Muzikal 3D Pasti pula muncul. Dan sepertimana yang diwarwarkan oleh Pengarah Pasti Pusat dalam taklimat pengurusan Pasti Perak yang lalu selepas ini akan diterbitkan pula Animasi bersiri yang bakal menyaingi Upin Ipin dan Boboboi.
Perancangan yang sangat mantap dalam mempromosikan pendidikan Pra-sekolah Islamik terutamanya Pasti itu sendiri..Tak sabar untuk menantikan siri animasi tersebut.. Apa yang lebih menarik turut berada didalam perancangan adalah game bertemakan diri animasi tersebut yang dijangkakan akan dilancarkan dalam Muktamar Pemuda Pas pusat tahun ini..
Sebaik pelancaran maskot Pasti Hadi dan Huda, Siri Animasi Muzikal 3D Pasti pula muncul. Dan sepertimana yang diwarwarkan oleh Pengarah Pasti Pusat dalam taklimat pengurusan Pasti Perak yang lalu selepas ini akan diterbitkan pula Animasi bersiri yang bakal menyaingi Upin Ipin dan Boboboi.
Perancangan yang sangat mantap dalam mempromosikan pendidikan Pra-sekolah Islamik terutamanya Pasti itu sendiri..Tak sabar untuk menantikan siri animasi tersebut.. Apa yang lebih menarik turut berada didalam perancangan adalah game bertemakan diri animasi tersebut yang dijangkakan akan dilancarkan dalam Muktamar Pemuda Pas pusat tahun ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)


































.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)









