PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA

PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA

Thursday, 30 August 2012

Majlis Sambutan Aidil Fitri Pasti At-Taalim

Tahniah buat Pasti At-Taalim yang berjaya mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri pada pagi tadi (30 Ogos 2011). Alhamdulillah, dengan kehadiran yang agak menggalakkan serta kerjasama diantara guru dan ibubapa dalam menjaya kan majlis tersebut diharap dapat dijadikan contoh dan tanda aras (batchmark) buat pasti-pasti lain dan di masa akan datang. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang turut menyumbang dalam mempelbagaikan juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu. Antara yang disumbangkan adalah mee kari, kek, kuih muih dan kerepek. Turut disediakan oleh pihak Pasti At-Taalimm adalah sate ayam.









Sekitar Hari Keluarga Pasti Lumut

Antara yang hadir ke Hari Keluarga Pasti Lumut yang diadakan di Teluk Senangin
Bersantai bersama keluarga
Cikgu turut mengambil bahagian dalam acara permainan
Ikan bakar, Menu Utama
Penyampaian cenderahati oleh Pengerusi Pasti Kawasan

Siapa paling besar dia menang.. Cepat tiup...
Cari telur penyu ke adik??




Sunday, 8 July 2012

Aminasi Pasti: Terbaekkk

Alhamdulillah, Pasti melangkah gagah dalam mendepani Pendidikan Pra-sekolah.


Sebaik pelancaran maskot Pasti Hadi dan Huda, Siri Animasi Muzikal 3D Pasti pula muncul. Dan sepertimana yang diwarwarkan oleh Pengarah Pasti Pusat dalam taklimat pengurusan Pasti Perak yang lalu selepas ini akan diterbitkan pula Animasi bersiri yang bakal menyaingi Upin Ipin dan Boboboi.


Perancangan yang sangat mantap dalam mempromosikan pendidikan Pra-sekolah Islamik terutamanya Pasti itu sendiri..Tak sabar untuk menantikan siri animasi tersebut.. Apa yang lebih menarik turut berada didalam perancangan adalah game bertemakan diri animasi tersebut yang dijangkakan akan dilancarkan dalam Muktamar Pemuda Pas pusat tahun ini..

Thursday, 2 February 2012

Sekitar Perasmian Pasti At-Taalim

Alhamdulillah tanggal 1 Februari 2012 Pasti At-Taalim telah mengadakan majlis perasmian yang gilang-gemilang dengan kehadiran hampir 100 orang tetamu. Majlis yang di rasmikan oleh YDP kawasan Lumut Cikgu Noh, berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama penuh seluruh warga pasti.

Turut hadir dalam program yang diadakan secara santai ini adalah cikgu Jaafar, Timbalan Pengarah Pasti Negeri Perak. Jamuan BBQ turut diadakan. Bukan sahaja ayam dan ikan, malah sotong dan kambing turut disediakan pihak penganjur.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah diatas kerjasama dan sambutan hangat yang diberikan..
Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis

Kelihatan YDP sedang memberikan ucapan perasmian

Sukarelawan sedang menyediakan BBQ

YDP dan tetamu sedang mengaminkan doa

Turut hadir Cikgu Jaafar mewakili Pasti Perak

Sedia untuk dihidangkan

Kambing dan sotong masih banyak.... Mai pakat perabih..

Saturday, 7 January 2012

Sekitar Hari Pendaftaran Pasti

Pendaftaran Pasti Al-Wardah
Pelajar baru Pasti Al-Wardah
Pasti Al-Amin Fasa 2J
Ibubapa menunggu anak2 di Al-Amin
Suasana di Pasti Al-Furqan Fasa 3A
Pelajar 6 tahun Pasti Al-Furqan
Pelajar Pasti Al-Hidayah Fasa 2A
Suasana gembira di Pasti Al-Ilmi 1 Fasa 2G
Jom bergambar..
Macam-macam ragam Pelajar Raudhah Fasa 1A
Mari Belajar mengira
Cikgu sibuk melayan karenah pelajar

Hari Pertama Pasti At-Taalim Meriah

Alhamdulillah, satu sejarah baru tercipta apabila Pasti At-Taalim yang baru diwujudkan bagi sesi persekolahan tahun 2012 ini mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Pasti At-Taalim ini adalah kesinambungan daripada wujudnya SRI At-Taalim, SMI At-Taalim dan pondok At-Taalim itu sendiri. Ini bermakna ibubapa pelajar Pasti At-Taalim tidak perlu lagi risau kemana harus dihantar anak mereka selepas ini.

Menyedari hakikat ini,boleh dikatakan inilah faktor utama sambutan hangat yang diberikan oleh ibubapa kepada Pasti At-Taalim selain lokasi yang strategik di tengah-tengah Bandar Seri Manjung disamping perkhidmatan nurseri dan transit yang disediakan pihak Pasti. Malah kesedaran ibubapa betapa pentingnya didikan Islam kepada anak-anak sedari mereka kecil turut menyumbang kepada sambutan hangat kepada pasti ini.
Suasana pendaftaran pelajar
Suasana ketika proses pendaftaran pelajar

Ibubapa sedang sibuk mendaftar anak
Anak Imam Muda Nazrul turut belajar di Pasti At-Taalim
Anak-anak Pasti At-Taalim dengan pelbagai ragam
Ragam hari pertama
Bijak mengawal suasana. Cikgu aset terbaik Pasti..

Sunday, 11 December 2011

Usrah Gabungan Dan Perasmian Pasti Al-Wardah

USRAH GABUNGAN DAN PELANCARAN PASTI AL-WARDAH

TARIKH : 13 DISEMBER 2011
HARI: SELASA
MASA : 9 MALAM
TEMPAT : PASTI AL WARDAH, NO 49 FASA 1D
PERASMI : YDP PAS LUMUT


SEMUA DIJEMPUT HADIR