Kepada Ibubapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Pasti, boleh dapatkan borang pendaftaran Pasti bagi sesi persekolahan 2013 di sini atau di Pasti-Pasti berhampiran anda..
PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA
Friday, 5 October 2012
Thursday, 30 August 2012
Majlis Sambutan Aidil Fitri Pasti At-Taalim
Tahniah buat Pasti At-Taalim yang berjaya mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri pada pagi tadi (30 Ogos 2011). Alhamdulillah, dengan kehadiran yang agak menggalakkan serta kerjasama diantara guru dan ibubapa dalam menjaya kan majlis tersebut diharap dapat dijadikan contoh dan tanda aras (batchmark) buat pasti-pasti lain dan di masa akan datang.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang turut menyumbang dalam mempelbagaikan juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu. Antara yang disumbangkan adalah mee kari, kek, kuih muih dan kerepek. Turut disediakan oleh pihak Pasti At-Taalimm adalah sate ayam.
Sekitar Hari Keluarga Pasti Lumut
![]() |
| Antara yang hadir ke Hari Keluarga Pasti Lumut yang diadakan di Teluk Senangin |
![]() |
| Bersantai bersama keluarga |
![]() |
| Cikgu turut mengambil bahagian dalam acara permainan |
![]() |
| Ikan bakar, Menu Utama |
![]() |
| Penyampaian cenderahati oleh Pengerusi Pasti Kawasan |
![]() |
| Siapa paling besar dia menang.. Cepat tiup... |
![]() |
| Cari telur penyu ke adik?? |
Sunday, 8 July 2012
Aminasi Pasti: Terbaekkk
Alhamdulillah, Pasti melangkah gagah dalam mendepani Pendidikan Pra-sekolah.
Sebaik pelancaran maskot Pasti Hadi dan Huda, Siri Animasi Muzikal 3D Pasti pula muncul. Dan sepertimana yang diwarwarkan oleh Pengarah Pasti Pusat dalam taklimat pengurusan Pasti Perak yang lalu selepas ini akan diterbitkan pula Animasi bersiri yang bakal menyaingi Upin Ipin dan Boboboi.
Perancangan yang sangat mantap dalam mempromosikan pendidikan Pra-sekolah Islamik terutamanya Pasti itu sendiri..Tak sabar untuk menantikan siri animasi tersebut.. Apa yang lebih menarik turut berada didalam perancangan adalah game bertemakan diri animasi tersebut yang dijangkakan akan dilancarkan dalam Muktamar Pemuda Pas pusat tahun ini..
Sebaik pelancaran maskot Pasti Hadi dan Huda, Siri Animasi Muzikal 3D Pasti pula muncul. Dan sepertimana yang diwarwarkan oleh Pengarah Pasti Pusat dalam taklimat pengurusan Pasti Perak yang lalu selepas ini akan diterbitkan pula Animasi bersiri yang bakal menyaingi Upin Ipin dan Boboboi.
Perancangan yang sangat mantap dalam mempromosikan pendidikan Pra-sekolah Islamik terutamanya Pasti itu sendiri..Tak sabar untuk menantikan siri animasi tersebut.. Apa yang lebih menarik turut berada didalam perancangan adalah game bertemakan diri animasi tersebut yang dijangkakan akan dilancarkan dalam Muktamar Pemuda Pas pusat tahun ini..
Thursday, 2 February 2012
Sekitar Perasmian Pasti At-Taalim
Alhamdulillah tanggal 1 Februari 2012 Pasti At-Taalim telah mengadakan majlis perasmian yang gilang-gemilang dengan kehadiran hampir 100 orang tetamu. Majlis yang di rasmikan oleh YDP kawasan Lumut Cikgu Noh, berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama penuh seluruh warga pasti.
Turut hadir dalam program yang diadakan secara santai ini adalah cikgu Jaafar, Timbalan Pengarah Pasti Negeri Perak. Jamuan BBQ turut diadakan. Bukan sahaja ayam dan ikan, malah sotong dan kambing turut disediakan pihak penganjur.
| Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis |
| Kelihatan YDP sedang memberikan ucapan perasmian |
| Sukarelawan sedang menyediakan BBQ |
| YDP dan tetamu sedang mengaminkan doa |
| Turut hadir Cikgu Jaafar mewakili Pasti Perak |
| Sedia untuk dihidangkan |
| Kambing dan sotong masih banyak.... Mai pakat perabih.. |
Saturday, 7 January 2012
Sekitar Hari Pendaftaran Pasti
![]() |
| Pendaftaran Pasti Al-Wardah |
![]() |
| Pelajar baru Pasti Al-Wardah |
![]() |
| Pasti Al-Amin Fasa 2J |
![]() |
| Ibubapa menunggu anak2 di Al-Amin |
![]() |
| Suasana di Pasti Al-Furqan Fasa 3A |
![]() |
| Pelajar 6 tahun Pasti Al-Furqan |
![]() |
| Pelajar Pasti Al-Hidayah Fasa 2A |
![]() |
| Suasana gembira di Pasti Al-Ilmi 1 Fasa 2G |
![]() |
| Jom bergambar.. |
![]() |
| Macam-macam ragam Pelajar Raudhah Fasa 1A |
![]() |
| Mari Belajar mengira |
![]() |
| Cikgu sibuk melayan karenah pelajar |
Hari Pertama Pasti At-Taalim Meriah
Alhamdulillah, satu sejarah baru tercipta apabila Pasti At-Taalim yang baru diwujudkan bagi sesi persekolahan tahun 2012 ini mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Pasti At-Taalim ini adalah kesinambungan daripada wujudnya SRI At-Taalim, SMI At-Taalim dan pondok At-Taalim itu sendiri. Ini bermakna ibubapa pelajar Pasti At-Taalim tidak perlu lagi risau kemana harus dihantar anak mereka selepas ini.
Menyedari hakikat ini,boleh dikatakan inilah faktor utama sambutan hangat yang diberikan oleh ibubapa kepada Pasti At-Taalim selain lokasi yang strategik di tengah-tengah Bandar Seri Manjung disamping perkhidmatan nurseri dan transit yang disediakan pihak Pasti. Malah kesedaran ibubapa betapa pentingnya didikan Islam kepada anak-anak sedari mereka kecil turut menyumbang kepada sambutan hangat kepada pasti ini.
![]() |
| Suasana pendaftaran pelajar |
![]() |
| Suasana ketika proses pendaftaran pelajar |
![]() |
| Ibubapa sedang sibuk mendaftar anak |
![]() |
| Anak Imam Muda Nazrul turut belajar di Pasti At-Taalim |
![]() |
| Anak-anak Pasti At-Taalim dengan pelbagai ragam |
![]() |
| Ragam hari pertama |
![]() |
| Bijak mengawal suasana. Cikgu aset terbaik Pasti.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)




























