Dalam mesyuarat bulanan Pasti kawasan Lumut, dikhabarkan
Pasti Al-Raudhah Seri Manjung akan membesarkan bangunan pasti tersebut bagi
keselesaan para pelajarnya. Bangunan dua tingkat yang di cadangkan itu turut
akan menempatkan pusat kegiatan bagi guru-guru Pasti Kawasan Lumut. Dijangkakan
projek akan bermula pada pertengahan tahun hadapan.
Tahniah diatas perkembangan yang positif yang dilakukan oleh
pihak Pasti Al-Raudhah di atas komitmen yang diberikan. Diharap projek yang
dicadangkan ini bukan sahaja dapat member impak positif kepada guru dan pelajar
pasti malah kepada Pasti Kawasan Lumut itu sendiri.