Majlis Sukan Pasti Kawasan Lumut sedang berlangsung di Padang MPM berhampiran Stesyen Bas Seri Manjung. Majlis telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Negeri Perak, Ustaz Khairi Jamaluddin. Terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak Bomba dan Penyelamat Seri Manjung yang sudi hadir bagi mengadakan pameran. Tahniah buat semua yg menjayakan majlis ini.
PENDAFTARAN PASTI 2014 KINI DIBUKA

Saturday, 8 March 2014
Thursday, 16 January 2014
Pelajar Teramai Negeri Perak
Tahniah buat Pasti Kawasan Lumut kerana berjaya mendaftarkan seramai 571 orang pelajar bagi tahun 2014. Dengan jumlah ini menjadikan Pasti kawasan Lumut sebagai jumlah pelajar teramai di negeri Perak di samping jumlah peningkatan pelajar tertinggi di negeri Perak.
Terima kasih buat semua guru-guru dan seluruh penggerak pasti di kawasan Lumut yang bersusah payah dan berkorban dalam memastikan Pasti Kawasan Lumut terus uggul dalam meneruskan misi membina generasi al-quran.
Terima kasih buat semua guru-guru dan seluruh penggerak pasti di kawasan Lumut yang bersusah payah dan berkorban dalam memastikan Pasti Kawasan Lumut terus uggul dalam meneruskan misi membina generasi al-quran.
Tuesday, 31 December 2013
Taklimat Tangga Gaji Guru Pasti Perak
Pasti kawasan Lumut telah berjaya mengadakan satu taklimat berkaitan tangga gaji guru pasti Perak yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Pasti Perak pada 30 Disember 2013. Kehadiran yang agak membanggakan daripada guru dan Pengerusi/wakil Pasti unit ini diharap dapat diaplikasikan oleh pasti-pasti unit Kawasan Lumut dalam memastikan kebajikan guru-guru lebih terjaga.
![]() |
Ketua Pemuda Lumut merangkap Pengerusi Pasti Kawasan sedang menyampaikan ucapan aluan. |
![]() |
Kehadiran membanggakan daripada guru-guru Pasti. Tahniah. |
![]() |
Kehadiran Ajk Pasti Kawasan dan pengerusi Pasti Unit |
![]() |
Gambar Kenangan bersama Pengarah Pasti Perak |
Sunday, 29 December 2013
Program Penerangan Tangga Gaji Guru Pasti
Assalamualaikum. Pasti Kawasan Lumut akan mengadakan majlis penerangan berkaitan Tangga gaji guru Pasti oleh Pengarah Pasti Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 30 Disember 2013
Masa: 8 malam
Tempat: Sri At-Taalim
Penceramah: Ustaz Azhari Bin Yahaya
Semua guru Pasti Kawasan Lumut, AJK Pasti Kawasan dan Pengerusi Pasti Unit di wajibkan hadir. Jika pengerusi Pasti unit tidak dapat hadir mohon di hantar wakil bagi mewakili pasti unit.
Pasti Al- Muttaqin Kini Dibuka.
Pada sesi persekolahan 2014 ini, Pasti Kawasan Lumut akan membuka sebuah lagi pasti baru iaitu Pasti Al-Muttaqin. Pasti yg terletak di Felcra Simpang Dua ini di harap dapat menjadi jambatan bagi menghubungkan dan mengeratkan hubungan Pas dengan masyarakat setempat.
![]() |
Gotong royong memnersihkan bangunan pasti |
![]() |
Wajah ceria Pasti Al- Muttaqin |
![]() |
Ajk sedang membersihkan pasti |
![]() |
suasana setelah penat gotong-royong |
Friday, 27 December 2013
Sambutan Menggalakkan: Pendaftaran Masih Dibuka
Alhamdulillah. Pendaftaran pelajar sesi 2014 bagi pasti At-Taalim berjalan dengan lancarnya. Pendaftaran telah melebihi 100 orang dan insyaAllah penambahan kelas sedang giat dijalankan.
Tahniah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sanggup meluangkan masa untuk sesi pendaftaran awal ini. Semoga Pasti At-Taalim terus berjaya..
Tahniah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sanggup meluangkan masa untuk sesi pendaftaran awal ini. Semoga Pasti At-Taalim terus berjaya..
Saturday, 21 December 2013
Sekitar Alam Ria Pasti Lumut
Pertandingan Alam Ria Pasti peringkat kawasan Lumut telah diadakan pada 24 Ogos bertempat di Pasti At-Taalim yang mana ia telah mengumpulkan hampir kesemua Pasti di dalam Kawasan Lumut.
Majlis yang penuh gemilang ini telah dirasmikan oleh Cikgu Jaafar selaku ALP Perak.
Pelbagai pertandingan telah di pertandingkan antaranya azan, bercerita, hafazan dan kalam jamaie.
Tahniah buat pemenang dan bagi yang tidak berjaya cuba lagi pada masa akan datang.
![]() |
Cikgu Jaafar sedang memberi ucapan sempena merasmikan majlis |
Subscribe to:
Posts (Atom)